Saturday 20 August 2016

Usrah 4.0

Assalamualaikum!

Alhamdulillah harini dapat buat usrah kali keempat. Alhamdulillah dipermudahkan urusan. Jujur, setiap kali usrah aku cuak gelabah kabut semua. Rasa berat sangat nak sampai kat diorg tu. Takut. Aku bukan orang yang layak. Mmg la kita ajar ikut silibus yg dah dibagi. Tapi dibuat nya budak2 tu tanya mcm2. Aku tersalah cakap ke apa. Uish berat wei. Tapi Alhamdulillah so far Allah mudahkan. Ada la jugak yg terkedu taktau nak jawab apa. Tapi kita tetap kena cakap jugak yang kita taktau. Jangan pandai2 bagi fatwa sendiri.

Masa aku bawak usrah first haritu tersangat2 la kaku kayu batu ha semua la. Aku tak pandai. Mana taknya. Dulu aku tak pernah berusrah. Masa sekolah tak pernah join usrah sebab repah punya usrah tak jalan. Sekolah 18 plk takde usrah. Lepastu masuk palam, sem 1 dah join usrah tapi tak jalan jugak. Naqibah tak pernah nampak bayang. Sem 2 Alhamdulillah usrah jalan tapi masatu dah pertebgahan sem. Akk naqibah aku macam terkejar2 silibus. So mmg takde la main game atau pape yg seronok dalam usrah tu (sepatutnya ada). Tapi sebab akk naqibah aku pandai sampaikan usrah dia, aku commit hingga akhir Alhamdulillah. So nak cakap, aku taktau basic nak bawak usrah tu cmne (ada pun sikit la) then tiba2 aku terpilih jadi naqibah. Mula2 mmg nak tarik diri, tapi lepas datang workshop nuqaba yg mmg diorg adakan untuk nuqaba, ada orang tu cakap kita ni pilihan Allah. Bukan abang2 atau kakak2 tu yg pilih. So hargailah ia sebab usrah ni pun salah satu jalan utk kita dakwah and secara tak langsing nya kita dah bawak sunnah terbesar Rasulullah.

Nak jadi cerita, harini usrah aku yg keempat hehe. Aku ajak budak2 tu naik bukit belakang angsana ni. Aku eksaited buat ala2 picnic haha lol. Aku ada bawak air teh o. Dua botol, tapi satu botol tu tumpah separuh dalam beg. Habis beg basah tapi takpe ada hikmahnya. Budak2 tu seronok, aku lagi seronok la. Alhamdulillah semua lancar.

So here some pic of us 🙊






P/s: depa bagi nama bukit ni bukit cinta haha aww 💕 (7 out of 11)



Wednesday 10 August 2016

Super hectic

Assalamualaikum!

Em dah tengah2 sem ni mula lah busy dia lain macam. Stress dia pun lain macam.  Entahla kadang2 tu taktau nak start dengan apa sbb terlalu banyak keje. Kadang tu dah susun dah jadual kita, tapi tetap terabur. Tapi papepun Alhamdulillah kita disibukkan dengan benda yg berpaedah. Daripada duk lagha je kan. Esok ada quiz, presentation, n homework yg kena submit. Moga Allah mudahkan. Aamiin. Ni belum jumpa minggu depan lagi, huwaa takut. Bukan nak mengeluh ke apa. Allah... Tajdid niat mira. Niat belajar kena betul. Belajar kerana Allah baru semangat. Mangat mira mangattt