Wednesday 16 November 2016

makeup!

Assalamualaikum and hi! malam² ni ttbe nak cerita pasal makeup. memang most of the time I rajin update blog before tidur.

ok for me makeup ni tak salah. bagi muka tu berseri sikit, tak pucat, n  kebanyakannya kata kalau makeup lebih confident gitu, tak makeup tak confident. ni orang cakap la. tapiii ada jugak yg cakap makeup ni fake, gedik, seram tengok etc etc. itu pandangan masing2 la. sebenarnya, aku yang bebel bebel ni aku sendiri tak makeup lol. aku tak suka makeup, tapi suka tengok orang makeup. kadang2 rajin je tengok orang makeup kat youtube, tapi sekadar tengok jela haha. I tak mampu uols. barang makeup mahal2. boleh je cari yang murah2, tapi aku tak reti. kang salah beli, rosak muka je.

aku pernah je try makeup sendiri dengan berbekalkan barang apa yg ada jelah, tu pun serba dhaif allahu. lepas makeup yg simple namati tu. aku rasa tak best. entahlah. rasa muka ni tak bernapas, tak bebas, tak best lah. ni apa yang aku rasa la. maybe aku tak biasa makeup so awkward la kan rasa tu. aku suka tengok orang makeup sebenarnya bukan nak ikut cara diorg ke apa pun, tapi sebab seronok. makeup ni art tau. dia kadang2 kau main conteng je ikut mcmna kau nak n last tu cantik jugak. aku kalau keluar pakai bedak je cukup. tapi kadang2 tak pakai. ni bukan bajet bagus muka flawless ke apa. ni pemalas nama dia. muka bukan flawless pun tapi entahlah  aku jenis tak suka bersiap lama2. berbekalkan konfiden, muka tembok dan secebis hati kental, lantaklah orang nak kata apa biaq pi lah depa. aku pernah tanya kawan aku yang rajin makeup, "bb cream tu untuk apa wei?" sebab masatu teman diorg gi bahagian makeup ni, so ternampak. hmm last2 diorg gelakkan aku je. cisss

orang makeup ni cantik, I cant deny it. tapi simple2 sudah. jangan la heavy sangat. seram eden nengok eh. kau jadi diri kau pun dah cukup buat kau cantik. haa gitteww.

ok mimpi indah,assalamualaikum!

Tuesday 1 November 2016

Masak-masak!

Ok assalamualaikum.
Aku excited+happy ngat harini. Haha nak tau knp? Sebab aku masak menjadi! Heaa ok mesti korang ingat aku baru pestaim masak dapur kan. Nooo manade. Anak dara kalau umur aku baru first time masuk dapur mmg nak kena piat telinga dia. Bukan nak kata aku rajin ke apa. Tapi mmg perempuan dengan dapur tu sinonim sgt. Berpisah tiada heaaa.

aku ni kalau masak mmg kena ada mak. Kalau tak periuk ke mana, ayam ke mana, sos tiram ke mana. Semua ke mana². Aku ni pelupa sikit so nanti dah start masak tu mula lah, "alaaa lupa ikan bilis" "alamak sos tiram tak keluarkan lagi" "Ehh cili tak masukkan lagi, patutnya dia masuk dlu".

Sebelum ni mmg selalu masuk dapur, tapi mesti ada mak. Mak masak lauk. Yang sayur mak serah kat aku. So sayur jela yg aku master sikit. Lauk tak sangat. Pernah beberapa kali aku masak lauk n mak takde. Hm adaaa je yang tak kena. Ayam tak masak sgt la. Kuah jadi pelik la. Macam². Alhamdulillah keluarga aku ni memahami la orang baru nak belajar masak ni, kena la telan apa yang ada. Sedap tak sedap belakang cerita. Asalkan berani nak cuba sendiri. Aku cakap camni bukan apa. Ada jugak kawan aku yg bagi family dia, kalau masak tak menjadi atau tak sedap la senang cite, bagi family dia itu membazir. Hm kesian dia. Sampaikan kadang dia rasa malas nak mencuba sbb takut benda tu tak sedap.

Nak ceritanya selalunya aku nasak tak berapa nak jadi. Tapiiii, tadi tak hihi. Aku berjaya masak dengan jayanya. Takde bantuan. Takde talian hayat. Cuma dah last² tu mak tolong sikit la sebab mak dah balik dri kerja. Tapi still aku yang masak complete set tu hihi. Walaupun ayam masak kicap n sayur campur je hahahahha. Eh masakan simple cmtu pun kalau berjaya, puas hati tau. Puas hati, makan pun senang hati. Lagi² kita masakkan untuk parents. Lepastu dengan mak yang baru balik kerjanya. Kesian penat² cmtu nak kena terus masak. So bila tgk mak abah makan sekali tadi, without complaining, weii Allah je tau perasaan tu. U should reward yourself la mira. K k tunggu esok beli coklat hehe.

Lepas habis makan tadi mak cakap, "boleh la mak bagi kepercayaan kat mira untuk masak lepas² ni". Bereh makkk inshaaAllah hihi

Alhamdulillah ala kulli hal :)

Saturday 20 August 2016

Usrah 4.0

Assalamualaikum!

Alhamdulillah harini dapat buat usrah kali keempat. Alhamdulillah dipermudahkan urusan. Jujur, setiap kali usrah aku cuak gelabah kabut semua. Rasa berat sangat nak sampai kat diorg tu. Takut. Aku bukan orang yang layak. Mmg la kita ajar ikut silibus yg dah dibagi. Tapi dibuat nya budak2 tu tanya mcm2. Aku tersalah cakap ke apa. Uish berat wei. Tapi Alhamdulillah so far Allah mudahkan. Ada la jugak yg terkedu taktau nak jawab apa. Tapi kita tetap kena cakap jugak yang kita taktau. Jangan pandai2 bagi fatwa sendiri.

Masa aku bawak usrah first haritu tersangat2 la kaku kayu batu ha semua la. Aku tak pandai. Mana taknya. Dulu aku tak pernah berusrah. Masa sekolah tak pernah join usrah sebab repah punya usrah tak jalan. Sekolah 18 plk takde usrah. Lepastu masuk palam, sem 1 dah join usrah tapi tak jalan jugak. Naqibah tak pernah nampak bayang. Sem 2 Alhamdulillah usrah jalan tapi masatu dah pertebgahan sem. Akk naqibah aku macam terkejar2 silibus. So mmg takde la main game atau pape yg seronok dalam usrah tu (sepatutnya ada). Tapi sebab akk naqibah aku pandai sampaikan usrah dia, aku commit hingga akhir Alhamdulillah. So nak cakap, aku taktau basic nak bawak usrah tu cmne (ada pun sikit la) then tiba2 aku terpilih jadi naqibah. Mula2 mmg nak tarik diri, tapi lepas datang workshop nuqaba yg mmg diorg adakan untuk nuqaba, ada orang tu cakap kita ni pilihan Allah. Bukan abang2 atau kakak2 tu yg pilih. So hargailah ia sebab usrah ni pun salah satu jalan utk kita dakwah and secara tak langsing nya kita dah bawak sunnah terbesar Rasulullah.

Nak jadi cerita, harini usrah aku yg keempat hehe. Aku ajak budak2 tu naik bukit belakang angsana ni. Aku eksaited buat ala2 picnic haha lol. Aku ada bawak air teh o. Dua botol, tapi satu botol tu tumpah separuh dalam beg. Habis beg basah tapi takpe ada hikmahnya. Budak2 tu seronok, aku lagi seronok la. Alhamdulillah semua lancar.

So here some pic of us 🙊






P/s: depa bagi nama bukit ni bukit cinta haha aww 💕 (7 out of 11)



Wednesday 10 August 2016

Super hectic

Assalamualaikum!

Em dah tengah2 sem ni mula lah busy dia lain macam. Stress dia pun lain macam.  Entahla kadang2 tu taktau nak start dengan apa sbb terlalu banyak keje. Kadang tu dah susun dah jadual kita, tapi tetap terabur. Tapi papepun Alhamdulillah kita disibukkan dengan benda yg berpaedah. Daripada duk lagha je kan. Esok ada quiz, presentation, n homework yg kena submit. Moga Allah mudahkan. Aamiin. Ni belum jumpa minggu depan lagi, huwaa takut. Bukan nak mengeluh ke apa. Allah... Tajdid niat mira. Niat belajar kena betul. Belajar kerana Allah baru semangat. Mangat mira mangattt

Tuesday 26 July 2016

Spek merata



Tadi aku gi kelas tak pakai spek. Spek tertinggal dekat bilik sebelah lepastu kawan tu keluar gi kelas awal pagi, kelas aku petang. Dikunci pulak biliknya adudu. Aku memang, spek selalu merata lepastu dah perasan hilang gelabah je cari. Maka berjalan la aku takde spek. Nasib sampai kelas haha. Dahtu, semua tya mana spek, mana spek? Ada yg cakap lain sampai tak cam mula2. Ada yg cakap nampak matang lol haha selama ni aku nampak tak matang keee. Klah saje cite bye

Sunday 17 July 2016

Terima kasih

Terima kasih, sahabat. Saat aku nangis. Kau duduk sebelah aku. Kau peluk aku. Sentiasa ingin aku dihargai. Sentiasa beri semangat saat aku jatuh. Sentiasa tolak aku ke hadapan. Allah hantar kau untuk aku dalam keadaan yang tak disangka-sangka. Aku rancang lain, tapi Allah tahu apa yang lebih baik. Kau selalu motivate aku dalam diam. Kau tak sedar. Orang sekeliling kau kagum dengan kau. kau selalu ingin yang terbaik untuk orang lain. Kau selalu ingatkan aku jalan dakwah ini payah. Ujian hebat untuk orang yang hebat. Moga Allah redha engkau sahabat. Moga Allah redha kita. Terima kasih, hajar. Aku sayang kau..

Thursday 12 May 2016

makan makan

assalamualaikum!

nak cite pasal tempat kerja lagi haha. (apa ni miraa asyik psl keje je) eh biarlaa. sape suruh baca 😛
ok. ibuk ibuk mbak mbak kat situ suuuukaaaa sgtt belanja org tau. setiap hari ada je org nak belanja. dia bukan belanja sgtla, tp more to jamu org makan. tak kisahlah apa jenis makanan sekalipun. biskut? gula2? buah? air? beli sekali banyak lpstu makan sama2. seronok tau. bukan seronok sbb dpt tumpg sekaki tau haha. tapi seronok la, seronok. takde rasa pentingkn diri. "ah duit kau, duit kau la. duit aku, duit aku la". takde.
sooo, aku dgn husna pun plan la nak belanja diorg apa plk. kita pun reti segan la dah tiap hari ada je org share jamu kita makan takkan la kita nak duduk tadah tangan je,sekali sekala kita la plk menghulur.
tiba2 husna cakap, "haa kita masak nak?" aku pun mcm haah okay jugak. tapi bukan masak lauk, kitorg baking. hahaha tu masak ke? haha nvm. and hasil mesyuarat tingkap berdua tu, aku bawak kek batik husna bawak cheesekut! yay. ramai kata sedap siap tanya resepi haha lol. Alhamdulillah seronok buat org happy. gambar takde, takut korg terliur (padehal tk sempat tgkp pun huhu). ok tata

Saturday 7 May 2016

gemuk

assalamualaikum!

tadi abang aku hulur jam tangan besi. cantik. "cuba pakai, muat tak? ketat tak?"
aku pun eksaited pakai. tapi ketat. K. "la ketat ke? kau dah gemuk ni.."

WEEEEII 😭

Thursday 5 May 2016

tak kedekut

assalamualaikum
ok nak sambung sikit pasai cite semalam hehe.

harini (5mei) hari ketiga aku keje. macam biasa terlambat lagi haha. tapi sebenaqnya aku dah siap lamaa dah cuma husna yg dtg lambat. oh ya, aku dengan husna gilir2 bawak kete and this week is her turn. tapi husna kata dia lambat sebab sidai baju lah macam2. haha lek wak kita okay je

tapi sebenarnyaa nak cite benda lain hahaha.
ok tadi nak dekat pukul 1 ptg means dah nak lunch. ttbe ada sorg akak indon (aku lupa nama dia) datang dekat dgn kitorg bising2 cite apa aku tapaham. ttbe dia nangis. kitorg tya la kenapa. rupanya dia hilang duit 50 sekeping masa nak beli lunch. mungkin tercicir. sedih aku tgk dia. baru semalam dapat gajinya. macam..penat2 kerja duit hilang cmtu je walaupun rm50. kesian aku tgk akk tu, lebih² lagi dia ni sorg yg happening. buat org gelak. tak pernah tgk dia muram ke apa. ttbe nangis tadi cam kesian sgt. buk mega pujuk dia. tak lama pastu dengar diorg gelak² balik haha.

lepastu akk tu ajak aku dgn husna lunch skali. dia pun tunjuk la mana kedai yg sedap tak sedap semua. lepastu bila nak bayar makanan tu ttbe dia cakap dia nak belanja. wei dia baru hilang duit, lepastu boleh belanja orang! sikit pun tak kedekut. semoga Allah murahkan rezeki akak! :)

so nak pesan pd diri & yg lain, janganlah kedekut sangat. kalau kita tak kedekut dengan orang, Allah lebih2 lagi tak kedekut dengan kita. walaupun sempit mana pun kita masatu huhu. ok? ok.

seeru 'ala barakatillah 👣

Wednesday 4 May 2016

kerja

assalamualaikum! ni migha eksaitod nak cite yang migha keje. mula2 mmg taknak keje ah cuti sem ni. bukan malas tapi ada laa sebab nya. dua minggu cuti sem. tetibeeee girlfren tepon, ingat apa rupanya ajak keje. ayah dia ada company, ayah dia ajak dia keje, dan dia ni sejenis takleh hidup tanpa aku (ceh) then dia pun ajak aku keje sekali. tanya mak abah, ok dak nak keje? ok jeeeew. haa aku pun ok.

andddd migha pun mula bekerja pada hari birthday dia krohkroh.

papepun Alhamdulillah keje happy sgt. dapat banyak pengalaman. jumpa ramai org. walaupun majoriti nya indon, tapi serious diorg baik gila gila gilaa. selama ni kalau jumpa org indon kat memana mesti cam "ee diorg ni takde negara sendiri ke nak keje sini?" tapi sekarang boleh nampak dengan mata sendiri kesungguhan keje nak cari duit kat negara org. diorg macam satu family dah. sakat2 sesama diorg, gelak2, happy je buat keje. kekadang tgk diorg kacau kawan diorg yelah ofkos dalam jawa tapaham haha tapi boleh gelak sekali. namapak mcm klise kan tapi tulah haha comel je tgk diorg. ada yang rasanya dah baya mak ayah aku dah tapi gigih lagi keje cari duit. nanti gaji dah masuk, semua (tak semua la) keluar hntr duit ke family diorg. huhu

k lah nanti sambung cite, 




p/s: aih bestnyaa lepas penat kerja, balik tu dpt big cup hazelnut satuu huhu