Wednesday, 10 August 2016

Super hectic

Assalamualaikum!

Em dah tengah2 sem ni mula lah busy dia lain macam. Stress dia pun lain macam.  Entahla kadang2 tu taktau nak start dengan apa sbb terlalu banyak keje. Kadang tu dah susun dah jadual kita, tapi tetap terabur. Tapi papepun Alhamdulillah kita disibukkan dengan benda yg berpaedah. Daripada duk lagha je kan. Esok ada quiz, presentation, n homework yg kena submit. Moga Allah mudahkan. Aamiin. Ni belum jumpa minggu depan lagi, huwaa takut. Bukan nak mengeluh ke apa. Allah... Tajdid niat mira. Niat belajar kena betul. Belajar kerana Allah baru semangat. Mangat mira mangattt

Tuesday, 26 July 2016

Spek merata



Tadi aku gi kelas tak pakai spek. Spek tertinggal dekat bilik sebelah lepastu kawan tu keluar gi kelas awal pagi, kelas aku petang. Dikunci pulak biliknya adudu. Aku memang, spek selalu merata lepastu dah perasan hilang gelabah je cari. Maka berjalan la aku takde spek. Nasib sampai kelas haha. Dahtu, semua tya mana spek, mana spek? Ada yg cakap lain sampai tak cam mula2. Ada yg cakap nampak matang lol haha selama ni aku nampak tak matang keee. Klah saje cite bye

Sunday, 17 July 2016

Terima kasih

Terima kasih, sahabat. Saat aku nangis. Kau duduk sebelah aku. Kau peluk aku. Sentiasa ingin aku dihargai. Sentiasa beri semangat saat aku jatuh. Sentiasa tolak aku ke hadapan. Allah hantar kau untuk aku dalam keadaan yang tak disangka-sangka. Aku rancang lain, tapi Allah tahu apa yang lebih baik. Kau selalu motivate aku dalam diam. Kau tak sedar. Orang sekeliling kau kagum dengan kau. kau selalu ingin yang terbaik untuk orang lain. Kau selalu ingatkan aku jalan dakwah ini payah. Ujian hebat untuk orang yang hebat. Moga Allah redha engkau sahabat. Moga Allah redha kita. Terima kasih, hajar. Aku sayang kau..

Thursday, 12 May 2016

makan makan

assalamualaikum!

nak cite pasal tempat kerja lagi haha. (apa ni miraa asyik psl keje je) eh biarlaa. sape suruh baca 😛
ok. ibuk ibuk mbak mbak kat situ suuuukaaaa sgtt belanja org tau. setiap hari ada je org nak belanja. dia bukan belanja sgtla, tp more to jamu org makan. tak kisahlah apa jenis makanan sekalipun. biskut? gula2? buah? air? beli sekali banyak lpstu makan sama2. seronok tau. bukan seronok sbb dpt tumpg sekaki tau haha. tapi seronok la, seronok. takde rasa pentingkn diri. "ah duit kau, duit kau la. duit aku, duit aku la". takde.
sooo, aku dgn husna pun plan la nak belanja diorg apa plk. kita pun reti segan la dah tiap hari ada je org share jamu kita makan takkan la kita nak duduk tadah tangan je,sekali sekala kita la plk menghulur.
tiba2 husna cakap, "haa kita masak nak?" aku pun mcm haah okay jugak. tapi bukan masak lauk, kitorg baking. hahaha tu masak ke? haha nvm. and hasil mesyuarat tingkap berdua tu, aku bawak kek batik husna bawak cheesekut! yay. ramai kata sedap siap tanya resepi haha lol. Alhamdulillah seronok buat org happy. gambar takde, takut korg terliur (padehal tk sempat tgkp pun huhu). ok tata

Saturday, 7 May 2016

gemuk

assalamualaikum!

tadi abang aku hulur jam tangan besi. cantik. "cuba pakai, muat tak? ketat tak?"
aku pun eksaited pakai. tapi ketat. K. "la ketat ke? kau dah gemuk ni.."

WEEEEII 😭

Thursday, 5 May 2016

tak kedekut

assalamualaikum
ok nak sambung sikit pasai cite semalam hehe.

harini (5mei) hari ketiga aku keje. macam biasa terlambat lagi haha. tapi sebenaqnya aku dah siap lamaa dah cuma husna yg dtg lambat. oh ya, aku dengan husna gilir2 bawak kete and this week is her turn. tapi husna kata dia lambat sebab sidai baju lah macam2. haha lek wak kita okay je

tapi sebenarnyaa nak cite benda lain hahaha.
ok tadi nak dekat pukul 1 ptg means dah nak lunch. ttbe ada sorg akak indon (aku lupa nama dia) datang dekat dgn kitorg bising2 cite apa aku tapaham. ttbe dia nangis. kitorg tya la kenapa. rupanya dia hilang duit 50 sekeping masa nak beli lunch. mungkin tercicir. sedih aku tgk dia. baru semalam dapat gajinya. macam..penat2 kerja duit hilang cmtu je walaupun rm50. kesian aku tgk akk tu, lebih² lagi dia ni sorg yg happening. buat org gelak. tak pernah tgk dia muram ke apa. ttbe nangis tadi cam kesian sgt. buk mega pujuk dia. tak lama pastu dengar diorg gelak² balik haha.

lepastu akk tu ajak aku dgn husna lunch skali. dia pun tunjuk la mana kedai yg sedap tak sedap semua. lepastu bila nak bayar makanan tu ttbe dia cakap dia nak belanja. wei dia baru hilang duit, lepastu boleh belanja orang! sikit pun tak kedekut. semoga Allah murahkan rezeki akak! :)

so nak pesan pd diri & yg lain, janganlah kedekut sangat. kalau kita tak kedekut dengan orang, Allah lebih2 lagi tak kedekut dengan kita. walaupun sempit mana pun kita masatu huhu. ok? ok.

seeru 'ala barakatillah 👣

Wednesday, 4 May 2016

kerja

assalamualaikum! ni migha eksaitod nak cite yang migha keje. mula2 mmg taknak keje ah cuti sem ni. bukan malas tapi ada laa sebab nya. dua minggu cuti sem. tetibeeee girlfren tepon, ingat apa rupanya ajak keje. ayah dia ada company, ayah dia ajak dia keje, dan dia ni sejenis takleh hidup tanpa aku (ceh) then dia pun ajak aku keje sekali. tanya mak abah, ok dak nak keje? ok jeeeew. haa aku pun ok.

andddd migha pun mula bekerja pada hari birthday dia krohkroh.

papepun Alhamdulillah keje happy sgt. dapat banyak pengalaman. jumpa ramai org. walaupun majoriti nya indon, tapi serious diorg baik gila gila gilaa. selama ni kalau jumpa org indon kat memana mesti cam "ee diorg ni takde negara sendiri ke nak keje sini?" tapi sekarang boleh nampak dengan mata sendiri kesungguhan keje nak cari duit kat negara org. diorg macam satu family dah. sakat2 sesama diorg, gelak2, happy je buat keje. kekadang tgk diorg kacau kawan diorg yelah ofkos dalam jawa tapaham haha tapi boleh gelak sekali. namapak mcm klise kan tapi tulah haha comel je tgk diorg. ada yang rasanya dah baya mak ayah aku dah tapi gigih lagi keje cari duit. nanti gaji dah masuk, semua (tak semua la) keluar hntr duit ke family diorg. huhu

k lah nanti sambung cite, 




p/s: aih bestnyaa lepas penat kerja, balik tu dpt big cup hazelnut satuu huhu